`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 23, 2017

Jais tiada kuasa ambil tindakan terhadap guru sekolah tahfiz swasta

Jais hanya akan mendapatkan laporan daripada sekolah tahfiz swasta, namun terpulang kepada pihak itu untuk mengambil tindakan terhadap guru atau tidak.
Haris-Kasim-sekolah-tahfiz-jaisSHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tiada kuasa mengambil tindakan tatatertib terhadap guru di sekolah tahfiz swasta yang memukul pelajarnya.

Sebaliknya, Pengarahnya, Datuk Haris Kasim berkata, kebiasaannya Jais akan mendapatkan laporan daripada sekolah terbabit, tetapi terpulang kepada sekolah itu untuk mengambil tindakan terhadap gurunya.
“Kalau perkara ini dilaporkan kepada polis, maka ia akan menjadi jenayah sivil. Kita mempunyai had kuasa. Dia (sekolah tahfiz) swasta, kita pula kerajaan.
“Kerajaan mana boleh ambil tindakan ke atas swasta? Tetapi, kalau ia berlaku ke atas guru-guru lantikan Jais seperti guru sekolah Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain), ia di bawah bidang kuasa kita. Kita akan segera ambil tindakan,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di Stadium Malawati, hari ini.
Minggu lalu, sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam menjadi perhatian media selepas seorang warden yang juga gurunya didakwa memukul pelajar tingkatan 1 sehingga cedera di rusuk dan lengan.
Dalam kejadian pada 5 petang 10 Mei lepas, pelajar berusia 13 tahun itu mendakwa dirotan dan ditumbuk pada tulang rusuk sehingga bengkak. Mangsa yang kesakitan menghubungi bapanya dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis keesokannya.
Warden berusia 21 tahun itu yang dikatakan baru 3 minggu bertugas sebagai tenaga pengajar di Darul Tahfiz Ummul Qura, ditahan pada Rabu lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis keesokannya.
Kejadian itu selang 3 minggu selepas kematian Mohamed Thaqif Amin Mohd Gaddaffi, 11, yang didakwa dipukul seorang pembantu warden di sekolah tahfiz di Kota Tinggi, Johor.
Mengulas lanjut, Haris berkata, Jais hanya diberikan kuasa untuk mengawal mata pelajaran dan pendaftaran sekolah tahfiz swasta.
“Tahfiz swasta ini dari segi tindakan tatatertib atau hukuman kepada guru-guru, kita tidak ada kuasa di situ. Kita hanya kawal dari segi pendaftaran dan pengajaran.
“Tentang pelantikan atau pemecatan dan tindakan tatatertib, kita tidak ada kuasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.